klik yea kalo nk join...

Sunday, January 2, 2011

Strategi Syaitan Memperdayakan Manusia

Antara strateginya:
  • Was-was
          Membisikkan keraguan pada manusia semasa melakukan kebaikan atau amal salih.Misalnya
          was-was sama ada sudah melaksanakan duduk tahiyat awal pada solat tiga atau empat rakaat.
  • Tazyin
          Membungkus kemaksiatan dengan kenikmatan.Segala yang berbau maksiat dilihat indah dan
          mengasyikkan.Misalnya, merpati dua sejoli yang lebih mesra dari pasangan suami isteri.Kemesraan
          berdua-duaan tanpa nikah dilihat lebih nikmat dan mengesankan daripada setelah diijabkabulkan.
  • Tamanni
          Memperdaya manusia dengan khayalan dan angan- angan.Misalnya,kita berniat hendak solat tahajud  
          dengan menetapkan jam loceng pada jam tiga pagi.Apabila loceng berbunyi kita segera mematikannya
          dan menyambung tidur semula.Kita mengulanginya berkali-kali dan inilah disebut strategi tamanni
  • A'dawah
         Berusaha menanamkan permusuhan.Syaitan berikhtiar mewujudkan  permusuhan sesama manusia
         apatah lagi sesama suami isteri,adik beradik dan jiran tetangga.Bermula dengan prasangka buruk,maka
         tumbuh la sikap itu dlm diri manusia.
  • Takhwif
          Strategi menakut-nakutkan.Misalnya merasa takut akan jatuh miskin sekiranya menginfakkan atau
          mendermakan sebahagian daripada harta.Adakalanya takut disebut alim kerana datang ke majlis ilmu
          agama.
  • Shaddun
         Berusaha menghalang manusia daripada menjalankan perintah Allah dengan pelbagai cara.Misalnya,
         merasa malas untuk solat dan mengantuk ketika membaca Al quran.Inilah SHADDUN.
  • Wa'dun
          Membuat janji palsu.Syaitan memujuk manusia agar memberikan janji-janji yang menggiurkan dan
          manusia mempercayainya.Misalnya, lelaki yang berjanji menikahi perempuan yang dinodainya tiba-tiba
          lesap dan tidak mahu bertanggungjawab.
  • Kaidun
          Helah dan tipu daya.Dengan memerangkap manusia untuk bertangguh dalam melakukan pekerjaan.
          Akhirnya kerja yang dilakukan tidak memberikan hasil yang memuaskan.
  • Nisyan
          Lupa.Syaitan berusaha agar manusia menjadikan lupa sebagai alasan untuk menutup tanggungjawab.
          Kalau benar-benar lupa itu adalah lumrah manusiawi.Namun jika buat-buat lupa kta sudah terjebak
          dengan strategi nisyan.

OLEH ITU BERHATI-HATILAH DENGAN STRATEGI SYAITAN.

1 comment:

mahnu mahnuyah said...

bagaimana cara untuk mengelakkan daripada tipu daya sayaitan? tanpa disedari syaitan telah mempengaruh9i kita....sekarang ini saya berperansangka buruk tentang kawan saya tetapi saya tidak mengerti kenapa dia berbuat demikian..sikap dia mula berubah jika saya membuat sesuatu lebih baik dari dia dan semua orang...biasalah setiap orang ada kelebihan dan kekurangan