klik yea kalo nk join...

Thursday, January 13, 2011

HUKUMAN PEREMPUAN YANG TIDAK MENUTUP AURAT.


Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda : Bahawasanya, perempuan yang
sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu; tak kira
samada dia anak dara, janda atau isteri orang; tua ataupun muda; dia akan
dilaknati oleh Allah S.W.T, malaikat2 dan segala makhluk di muka bumi ini
sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh Allah S.W.T. Jika perempuan
itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk
menanggung dosanya. Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka
suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan. Surah Al - Nisa ayat 29.

Daripada terjemahan hadis di atas dapatlah dirumuskan bahawa perempuan
Islam yang sengaja mendedahkan aurat untuk tatapan umum selain dari suaminya
atau muhrimnya, akan diazab dengan siksa yang amat dahsyat bermula dari azab
kubur hingga ke azab siksaan api neraka yang amat menyiksakan.

Seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran, ketika Rasulullah mengembara
di Israj Mikraj, baginda ada menyaksikanbagaimana perempuan2 yang mendedahkan aurat itu disiksa dengan penuh azabketika di dalam kubur di mana buah dada perempuan2 itu dipatuk berulang kali oleh seekor ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan. Manakala faraj perempuan2 ingkar itu dimasuki oleh kala
jengking, lipan dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan
merobek2 faraj perempuan2 itu sehingga hancur. Dan ketika Rasulullah melalui
kawasan neraka Hawarah, baginda mendapati kesemua perempuan2 yang
mendedahkan aurat itu akan digantung buah dada mereka dengan penyangkut besi
berapi dengan rambut2 mereka dipakukan di tebing api neraka yang amat panas
itu. Tubuh badan mereka akan disalai di dalam api neraka sehingga hangus dan
hancur manakala dari faraj mereka keluar lendir berupa nanah yang amat busuk
sekali sehingga semua penghuni neraka meminta perempuan2 ini dikeluarkan
dari kawasan itu kerana tak tahan dengan bau busuk dari lendir nanah
tersebut. Penyiksaan yang penuh sengsara itu sentiasa berulang di mana tubuh
badan yang sudah hancur berkecai itu akan terbentuk semula seperti sedia
kala dan akhirnya berkecai lagi setelah diazab sedemikian rupa. Rasulullah
sampai pengsan apabila melihat penyiksaan yang amat dahsyat dan mengerikan
itu.

Jadi bila kita ada isteri, ibu, adik, kakak dan kawan2 perempuan,
segeralah menasihati dan mengingatkan mereka
agar mereka terhindar dari siksaan yang amat pedih itu. Nauzubillah.

*********************************
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (aali-imran:104)

No comments: