klik yea kalo nk join...

Sunday, June 12, 2011

aNaK2 iTu KuPu2 SYurGA

::Ciumlah anak2 kita krn pahala setiap ciuman itu dibalas dengan 1 darjat syurga.syurga itu adalah kampung kesenangan,tiada masuk kedlm nya melainkan org yg menyukai kanak2::

Aqrak pernah melihat Rasullullah mencium cucunya .
Berkata Aqrak ; "anakku 10 org bnyk nya,namun tiada seorang pon yg pernah ak cium".
BerkaTA Rasullullah; "Org yg tidak menyayangi tdk pula akan disayangi"

Wednesday, June 1, 2011

::MUTIARA HIKMAH::


  • tinggalkanlah masa depan hingga ia datang, dan jangan kita fikirkan hari esok kerana jika kita memperbaiki hari ini nescaya hari esok kita akan menjadi lebih baik dengan sendirinya....
  • redha dan rela dengan bentuk tubuh kita,potensi kita,pendapatan kita,keluarga kita dan rumah kita,nescaya kita akan berasa damai dan bahagia
  • jgn lah kita menyakiti org lain,berusahalah menjadi seorang yg terjaga lidahnya, baik perkataannya,lembut kata2nya dan tidak bersikap melampau......

Tuesday, April 5, 2011

....PoKeMoN??....


Bunga ade dpt satu email dari sorg rakan bunga  ni.....tentang BAHAYANYA KARTUN POKEMON dan BINATANG2 yang ade dalam kartun tu... menurut email tu...
POKEMON bermaksud saya yahudi,
PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi.
CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah..

nauzubillahi min zalik.
bunga penah tgk ke kartun ni ...??!

Monday, April 4, 2011



  INFO UTK KITA BERSAMA
      Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
  • Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
  • Membaca quran sehingga menitis air mata.
  • Memandang wajah ibu yg tidur / sedar hingga berlinang air mata.
p/s yg pertama n kedua tu insyaallah bunga bole buat...tp yg ke3 tu susah sket..sbb slalu tgk ibu bunga senyum je kn..tp ape2 pon kepd korang sume dan bunga sendiri kta try gak buat yg ketiga tu.....

::kongsi ilmu::

hari ni sy dpt satu ilmu baru...nk share dgn sume...iaitu mcm mana nk selesaikan masalah Anak Degil Supaya Jadi Lembut Hati 

 *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK
Ø       Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.

Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see. K..

Thursday, March 3, 2011

.....RENUNGKANLAH....
Diriwayatkan bahawa Rasulallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril:
wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah:
sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril:
sebesar kurma...
Zabaniah:
kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril:
kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah:
kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN:
Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Sunday, February 27, 2011

....RENUNGAN....

Siapakah orang yang sibuk ?
orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

 orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman..

Siapakah orang yang kaya?

orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka..

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada
manusia